Witty Comics
Hello make a comic | login | join | faq | puzzle newsletter | make friends | draw pictures

Kisah Dua Orang Adik-Beradik (III) by corpcomm on 02-23-2017
Sambung Si Abang lagi...
Sebiji terjual dengan harga RM49.00 dan RM32.50 untuk setengah biji. Penjual tersebut akan menjual RM13.50 sekilogram sekiranya buah tembikai telah dipotong. Hanya ada 93 biji buah tembikai dalam simpanannya, Tuan dan setiapnya adalah seberat 7kg. Ladang penjual tersebut dapat mengeluarkan hasil selama 4 bulan, sekitar 102 biji tembikai setiap hari pada harga RM27.00, termasuk kos penghantaran. Tembikainya nampak segar dan merah dengan kualiti yang baik. Ianya, lebih baik daripada tahun lepas yang telah terjual.
dan seterusnya...
Penjual sanggup untuk bantu memotongkan tembikai jualannya dengan mesin yang beliau ada secara percuma. Jika Tuan mahu, sebelum pukul 10 pagi esok, kita perlu membuat persetujuan dengan beliau jika mahu mendapatkan keuntungan daripada penjualan tembikai tersebut sebanyak RM233.00. Perkara ini, sudah tentu akan memberikan impak positif terhadap prestasi keseluruhan kerana Tuan mendapat penjimatan sebanyak 3.78% daripada tahun lepas. Kesemua informasi ini telahpun saya catatkan dan juga boleh dicetak, jika Tuan mahu. Sila maklumkan pada saya, sekiranya Tuan perlukan dalam bentuk 'softcopy' agar dapat saya emailkan kepada Tuan dalam masa 15 minit daripada sekarang.
Baik. Terima kasih.
Si Adik, yang juga ketika itu turut bersama-sama Tuan Pengurus dan Abangnya telah berasa kagum dan telah tersedar...
Begitu besar bezanya tahap kerja Abang dengan diriku. Seharusnya, banyak lagi yang perlu aku pelajari daripada Abang daripada aku terus ingin berhenti kerja jika begini...
vote: votevotevotevotevote | login to vote | log in to flag this comic as inappropriate
View this comic as XML | printer friendly
<< Kisah Dua Orang Adik-Beradik (II) Kisah Dua Orang Adik-Beradik (IV) >>