Witty Comics
Hello make a comic | login | join | faq | puzzle newsletter | make friends | draw pictures

Kisah Dua Orang Adik-Beradik by corpcomm on 02-23-2017
Di sebuah Syarikat terkemuka di Malaysia, kelihatan dua orang adik-beradik sedang berbual-bual sesudah menghadiri sesi mensyuarat bersama pihak Pengurusan Syarikat...
Adikku, syukurlah Abang sudah dinaikkan pangkat. Sebab itu, Abang belanja kamu minum ni..
Mengapa Abang aku pula yang dapat naik pangkat? Sedangkan kami lapor diri bekerja di Syarikat ini pada tarikh yang sama. Tambahan pula aku bekerja lebih keras daripada Abang.
Setelah lama memendam perasaan, akhirnya Si Adik sudah tidak mampu lagi untuk bekerjasama dengan Si Abang...
Aku akan hantarkan Notis Berhenti Kerja kepada Tuan Pengurus!
Ini tidak adil!! Aku tidak boleh terus-menerus begini. Aku berhenti kerja sajalah! Pihak Pengurusan tidak tahu menilai hasil usaha kerja keras pekerja, 'anak emas' sahaja yang naik pangkat!!
Mengetahui akan perkara ini, Tuan Pengurus cuba untuk berbuat sesuatu agar dapat membantu Si Adik memahami keadaan sebenar kerana pada hakikatnya, beliau tahu akan Si Adik telahpun bekerja dengan gigih demi Syarikat, malahan lebih gigih daripada Abangnya...
Saya ada tugasan buat kamu. Bolehkah kamu carikan apakah ada penjual buah tembikai di bandar ini?
Ya. Ada seorang, Tuan.
vote: votevotevotevotevote | login to vote | log in to flag this comic as inappropriate
View this comic as XML | printer friendly
<< More Comics Kisah Dua Orang Adik-Beradik (II) >>